28 Februari 2010

Happy Birthday, Papa!

Assalamu3alaikum wbt..

THIS POST IS SPECIALLY CREATED JUST FOR MY FATHER, 'ADROS!

DING!! 1 MAC 2010!!

Mula2.. Ijat nak wish kat papa, Happy Birthday!! [Happy birthday to you~~ *nyanyi dgn pitching yg lari*]


I love you, papa...

Dah genap 48 tahun akhirnya.. Dan dah dkat 20 tahun papa mendidik, mengasuh, mengajar Ijat... Dan Ijat tahu, byk kali Ijat wat sakit ati papa.. Byk kali Ijat wat papa marah.. Byk kali Ijat wat papa geram.. Dan Ijat sangat bersyukur dan berterima kasih sebb jadi anak papa.. Terima kasih atas smua ajaran, didikan, kasih sayang yg dah diberikan slama ini dan akan datang..

Ijat sedar, dlu papa marah smua2 tu, adalah nak didik.. Ijat je keras kepala.. tak dengar kata.. tp insyaAllah, skrg Ijat dah tak degil da.. huhu...

"Ya Allah, Panjangkanlah usia bapaku, rahmatilah hidupnya, limpahilah dia dgn rahmat dan rahmanMu, ampunilah dosa-dosanya, berkatilah usianya, permudahkanlah urusnya di dunia dan di akhirat, kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihaniku ketika kecil.."

Kat sini, Ijat baca khas ayat quran ni untuk papa... ayat yg mana Ijat penah menangis bila dgr.. sbb terkenangkan ape yg Ijat penah bwat slama ini.. maafkan anakmu ini..



Maksud ayat yg dibaca:
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.

Tuhan kamu lebih mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
[17: 23-25]


Akhir kalam, tanpa didikan dan ajaran papa, Ijat takkan berjaya sampai mcm ini.. Terima kasih byk2! Hanya Allah yg mampu membalas jasa Papa...

Ijat Sayang Papa!!!

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

happy birthday to papa jarq...
moga pjg umo dan diberi keberkatan hidup d dunia dan akhirat..ameen..
~jarq..jd anak yg soleh ye?jgn jd nakal! =p~

JaQ berkata...

kak anis:

hehe.. thx akak!!

huhu.. insyaAllah.. jadi anak soleh.. akak pon.. ameen~~

Ayah Ding berkata...

Bagus pulak ucapan hari jadi ini. Keep writing!
Long lost "Uncle Uding USA.

JaQ berkata...

ayah ding:

waaaa!! mmg tak pnah jmpe pon agaknye.. hhehe.. taktaw agi cane muka ayah ding... tapi cane ayah ding taw sal blog ni?

Ayah Ding berkata...

Dapat taw dengan google nama Jaq. Selalu baca blog Jag ni untuk beri peringatan . Jadi beware dan watchout jangan tulis yang nakal-nakal nanti kena report kat Papa dan Mama.

JaQ berkata...

ayah ding:

alamak.. bahaya2.. takleh la nak ngarut2 dah.. TT_TT hahaha..anyway, thx for visiting~ =)

Srikandi Abi. berkata...

salam...

sanah helwa to your papa...hadiah tok papa xde ke..??hehe gurau2..=.=

To papa jarq : Semoga pgjang umo hendaknya..dan dimurahkan rezeki yg mlimph ruah serta peroleh keberkatan didunia & akhirat..iA..ammeen!!!=)

sayu je entry blog kali ni...huhu sabar deh...ingat!! jangan nakal ye...t papa kamu marah...hihi =p

k wassalam..

JaQ berkata...

ili:

wslm wbt~~

thx.. haha.. dan ameen jga~~

jaq mana nakal.. jaq kan bdak baek~

Unknown berkata...

muda lagy ayah eh.